Thursday 11 April 2013

Resepi Puding Roti

RESEPI PUDING ROTI
Pengenalan

Resepi Puding roti adalah sebuah hidangan pencuci mulut yang terkenal di kebanyakan negara, termasuk di England, Perancis, Belgium, Puerto Rico, Mexico, Argentina, Louisiana Creole, dan selatan Amerika Syarikat. Dalam bahasa lain, namanya adalah terjemahan dari nama Inggeris ("bread pudding") atau sekadar "puding"; dalam bahasa Sepanyol, nama lain adalah "migas" (habuk roti), dan mereka turut memiliki hidangan yang sama, iaitu capirotada.

Resepi Puding Roti biasanya dihasilkan dari roti lemau (biasanya sisa roti), telur, gula atau sirap, rempah seperti kayu manis, buah keras, vanila, dan buah-buahan kering. Roti direndam (seringkali semalaman), dikeringkan, dan dicampur dengan bahan-bahan lain. Campuran ini akan dipindahkan ke dulang dan dibakar. Puding roti mempunyai pelbagai jenis pilihan, antara yang terkenal termasuk puding roti sos kastard, puding roti sos vanila, puding roti kukus, puding roti bakar dan puding roti karamel. Puding roti dengan bahan baku roti tawar merupakan salah satu contoh puding yang dikukus atau dipanggang.

Di samping itu, Puding roti juga boleh dihidangkan bersama kuah manis. Roti ini biasanya dihidangkan dengan sos kastard yang manis di Malaysia. Di Hong Kong, Puding roti biasanya dihidangkan bersama kuah krim vanila. Sementara itu, puding roti dengan sos vanila yang terkenal di Hong Kong juga sesuai dengan keseleraan di kalangan kaum-kaum yang berbeza di Malaysia. Puding roti dengan sos kastard dapat menarik lebih banyak perhatian dan sangat digemari oleh masyarakat Melayu. Oleh sebab itu, puding roti dengan sos kastard dan puding roti dengan sos vanila akan diperkenalkan dengan cara pembuatannya yang lebih terperinci.

Puding roti dilitupi dengan pelbagai jenis sos seperti sos kastard dan sos vanila adalah sangat dinikmati. Penggemar makanan manis ini dapat menjamu selera dengan perasaan gembira dan berpuas hati. Walaupun Puding roti adalah sejenis makanan manis yang biasa, tetapi masih dapat membuka selera orang ramai disebabkan teksturnya yang lembik itu amat menarik dan rasanya yang enak sekali semasa masuk ke dalam mulut.


Resepi Puding Roti Sos Kastard
Bahan-Bahan untuk Puding Roti
(Sesuai untuk 5-6 orang)


7-8 keping roti (potong kulit tepi)
500ml atau 2 cawan susu segar
(boleh digantikan dengan susu cair)
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega (dicairkan)
(boleh digantikan dengan marjerin)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar kismis


Bahan-Bahan untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
1/4 tin air (gunakan tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula


Bahan-Bahan untuk Sos Vanila

500 ml susu segar
80 gram gula
20 gm tepung kastard (dilarutkan dengan sedikit air)
1/4 sudu kecil esen vanila



Cara-Cara untuk Membuat Puding Roti
1. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan campurkan bahan-bahan untuk Puding roti ke dalam loyang.

2. Koyakkan atau potongkan roti dengan kecil-kecil. Masuk dan susunkan roti dalam loyang tadi.

3. Masukkan susu juga selepas masukkan roti dalam loyang. Biarkan roti tersebut terendam dan meresap seketika.
 
4. Masukkan separuh krimis dan juga mentega yang cair. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Taburkan baki krimis ke atas adunan.

5. Masukkan telur, gula, garam, esen vanila dan tepung jagung. Kacau dengan rata sehingga sampai sebati dan sedikit gebu.

6. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut.

7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama 30 minit atau sehingga masak.

Tips: Loyang boleh juga diliputi oleh
aluminium foil terlebih dahulu untuk mengelakkan pudding roti melekat ketat dengan layong tersebut.



Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Kastard

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga agak pekat.

2. Kepekatan mengikut selera masing-masing.

3. Gaulkan bahan-bahan sos kastard dan masakkan di atas kuali dengan api yg sederhana sebentar.

4. Tuangkan ke atas Puding roti yang sudah siap disediakan tadi.

Tips: Jika suka makanan yang sejuk, boleh masukkan dalam peti sejuk dahulu sebelum Puding roti itu dipotong dan dituang oleh sos kastard.



Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Vanila
 1. Masakkan semua bahan kecuali tepung kastard ke dalam kuali dengan api yang sederhana.

2. Masakkan susu dan gula sampai menggelegak.

3. Masukkan esen vanila dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak.

4. Tutupkan api dengan segara. Kalau rasa sos vanila masih cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit.

5. Tuangkan ke atas Puding roti yang sudah siap disediakan tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing.

Sebenarnya, untuk mengetahui atau memastikan samada puding roti telah masak atau belum, bekas pembakar boleh dikeluarkan dari ketuhar dan cuba menggoyang-goyangkan sedikit bekas tersebut. Sekiranya adunan di bahagian tengah puding roti masih bergoyang-goyang, waktu pembakaran boleh ditambahkan lagi.

Puding roti adalah sesuai untuk dimakan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan jantina. Resepi Puding Roti ini amat disukai dan digemari oleh kanak-kanak kecil sebab kemanisan dan keistimewaan dapat menarik perhatian mereka. Cara-cara untuk menghidang adalah mencurahkan sos kastard secukupnya ke atas potongan puding roti yang diletakkan ke dalam piring hidangan. Tambahan pula, puding roti boleh dihiaskan dengan
chocolate chips dan raisin atau mengikut citarasa sendiri.


Lihat Juga...


Resepi Roti Jala


Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/